Ini bukan nasihat mahu pun saranan sebab saya bukan pakar HR. Saya pun tak tahu betul atau tidak perkara ni dari kaca mata seorang HR.
Tapi ini pengalaman dan hasil tindakan jauh dari sudut hati saya.
Orang putih panggil, ‘gut feeling’.
Sebelum tu…
Kenapa Content Writer?
1. Fakta & Nombor
Semasa saya buat rekod untuk isi e-Filing, saya dapati ada potensi yang perlu digilap iaitu PENULISAN.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Jujur saya cakap saya terinspirasi dengan sahabat seperjuangan saya, Kauthar dimana beliau melihat kerjaya ini dari sudut jangka masa yang panjang.
Menulis akan mengaktifkan ekosistem yang lain seperti membaca dan berfikir.
Anda boleh bayangkan apa akan jadi lagi 5 tahun jika anda menulis setiap hari?
Renung-renungkan.
3. Bukan Passion Saya
Ramai orang salah anggap bahawa kita perlu teruskan passion sebagai kerjaya. Saya dulu pun beranggapan macam tu.
Sehinggalah saya hadapi situasi dimana saya dah muak dengan kerja web design tapi saya hairan kenapa saya tetap teruskan juga.
Bila saya buat refleksi rupanya saya dah jadikan web design ni sebagai passion.
Biarlah penat mana sekalipun tetap akan buat sebab saya akan sentiasa belajar benda baru bila saya buat web design.
Jadi, saya dah tahu waktu terbaik untuk saya peruntukkan web design.
Kini tiba masa untuk saya beri laluan dalam penulisan dengan keluar dari comfort zone saya iaitu bekerja secara formal.
“Fulltime writing, side hustle web design”.
Inspirasi
Untuk faham lebih mendalam pasal passion ni, Derek Sivers boleh huraikan dengan sangat jelas.
Bacalah.
Passion and purpose are emotions that come after expertise and experience. The way to get them is to commit to the path of mastery, get great at something, and do great work.
-> How to change or build your career
Tindakan
Sepanjang sesi Interview, saya dah terbayangkan 5-15 tahun kehadapan berpandukan perkongsian Tuan Robotys kita;
Jangan kecilkan skop kita dengan hanya buat bisnes sahaja mampu tingkatkan nilai ekonomi kita, dengan kerja makan gaji pun masih tetap boleh beri manfaat dan impak yang besar.
Tammat
Berbalik pada tajuk, daripada saya jawab expected salary, saya tanya balik;
- Apa jobskop?
- Apa halatuju syarikat?
- Apa masalah syarikat yang boleh diselesaikan dengan nilai yang saya bawa?
- Dimana saya boleh posisikan nilai saya dalam syarikat?
Barulah saya boleh tentukan reward yang setimpal.Apa hasilnya?Saya sudahi dengan cebisan daripada artikel Derek Siver diatas tadi;
Great careers are only for the rare and valuable
Think of what makes a great career:
- good pay
- room to grow
- freedom and control
- positive impact
- emotionally rewarding
Jobs like this are rare and valuable. A great career isn’t something you find — it’s something you earn when you’ve got rare and valuable skills to offer in return. In other words, you can only earn a great career by building your expertise and experience.