I’m suck at business!
Untuk korang yang nak buat atau dah buat bisnes, faham tak bisnes tu apa?
Saya dulu-dulu acah tahu juga, tapi bila belajar betul-betul, rupanya bodoh.
Tak percaya baca bawah ni.
Definisi bisnes yang sebenar
Bisnes = Satu aktiviti menjual produk + untuk mendapat keuntungan.
Untung pula…
Untung = Jualan – Kos
Sebelum pergi lebih jauh, saya nak tekankan bahagian kos. Sebab inilah punca saya sangkut dulu.
Ramai orang ingat kos tu hanya Cost of Goods Sold (COGS).
Contoh servis buat website.
Kalau ikut COGS, kos buat website ni hanya domain dan hosting sahaja dimana boleh jadi tak sampai RM200 pun!
Namun!!!!!
Nak hasilkan sebuah website memerlukan;
- Programmer
- UIUX designer
- Project manager
- Copywriter
- Marketer & sales team
- Support team
- Sewa office
Yang inilah ramai orang terlepas pandang.
Abaikan kos overhead dalam setiap unit produk. Akhirnya, terperangkaplah dalam permainan buang harga dan main volume.
Jadi untuk elakkan hal ini, mari kita perhalusikan lagi formula ini.
UNTUNG = DUIT MASUK – DUIT KELUAR
Untung tak akan berlaku jika tiada jualan.
Nak dapat jualan pula…
Marketing =
- Siapa target market kita yang boleh capai sasaran jualan kita tadi?
- Kenapa mereka nak membeli?
- Apa masalah mereka?
- Di mana mereka berada?
Barulah kita sampaikan mesej kepada mereka ni. Disinilah copywriting mainkan peranan.
Apa itu copywriting?
Copywriting ialah menyampaikan mesej untuk mempengaruhi seseorang manusia membuat tindakan pembelian.
Sampaikan mesej yang menarik perhatian sehingga boleh buat tindakan pembelian.
Maka lengkaplah proses bisnes.
Kesimpulannya…
Untuk permulaan atau fasa awal bisnes, fokuskan kepada 3 komponen berikut:
1. Marketing = Proses cipta prospek.
- Kaji apa prospek mahukan dan kenapa mereka membeli.
- Sampaikan mesej kepada mereka supaya mereka minat.
2. Sales = Proses tukarkan prospek jadi pelanggan
- Tingkatkan keghairahan mereka untuk membeli.
- Pastikan kira-kira mesti UNTUNG bagi setiap unit produk.
3. Operation = Proses sampaikan produk kepada pelanggan.
- Logistik
- Khidmat pelanggan
Baca lebih lanjut: NAK BUAT BISNES? TAHUKAH APA ITU BISNES?